Saturday, May 15, 2010

family.

my status at facebook.

"why org dulu dulu... zmn atuk nenek kt... sukkkkeee kawen byk? =/"



it is funny becoz.. today i went to my long lost relative... which even my mum just met them for the 1st time........ in their whole life...
the power of facebook..

hoho

back to the status.

since my mum search for her lost relatives.. a lot new faces come out to my life.
hehe. okie. the big problem is.. u have to search it, n.... royal perak.. sultan yusof? like my great great great great grandfather (more than that actually)....


dats him alrite. dis is apart of me belongs... keturunan sultan tau~ XDDDD (i dun like to brag about it.. but its true. =P)

owh well, like i said.... they have too many wives... even more than in islam said so..
i think there's one of the people have 7 wives. aigo.. imagine how many kids u will have.. if one wives u have 7++. times it with another 7, 49? can u handle it? kekekekeke if they have actually 7 children.. den.. the family tree. its like... more the a4 paper..
=.=

then i heard the story that, one of their grandmother??? im not sure... married when she's 13. whooaahhah~~
i dun even know about feelings at that time.XD i can't imagine now, people would let their children at that age married. =P
thats the past..

well, my side of the family... was RAJA PENDAWA and also RAJA HAJI JOHOR.
Raja Pendawa is my grandmother's side and raja haji johor is my grandfather's side..
their cousin's actually...
raja pendawa and raji haji johor is siblings....

u guys catch up?
XD

well, later when i found the family tree.. then i'll try and put it here. hehehe

well, actually.. once upon a time... actually they said dat.... my side of the family, raja pendawa, would be the sultan of perak now? i dunno... its like.. history dat i dun even understand either...

but imagine if really lh.... then i'm one of royal perak thingi.. lol. what im trying to say...... u guys get it rite?
XD

but yeah... the word IF comes along. =P

AGAIN~ the main problem now is.... imagine how hard u have to search your relatives since those days.. they married too many lahhh~~~ huhu.
speaking of married.. let me open you guys about something?

what you guys think bout early marriage?

because i was searching for like tips memperbaikikn solat...
suddenly come out this website.. VERY interesting... XD
i was like woooahhaah... tips for life.. (okie.. sometimes we dun need this kot... just we need to know ourself.)

here's some article, that people post:
KUALA LUMPUR: Kuatnya godaan sewaktu bercinta menyebabkan segelintir gadis mengambil jalan keluar paling mudah iaitu mendirikan rumah tangga, biarpun usia mereka masih belasan tahun.

Di sebalik tanggapan umum bahawa rumah tangga pasangan muda selalunya gagal bertahan lama, ada juga mampu membuktikan mereka tidak tersalah langkah, malah menegaskan tindakan mereka lebih tepat kerana berkahwin muda ada keistimewaannya.

“Sebenarnya berkahwin muda ada kelebihan dan keseronokan tersendiri. Antaranya, saya rasa lebih selamat kerana bebas bersama suami ke mana saja,” kata Zaliah Zakaria, 21, yang berkahwin lima tahun lalu ketika usianya 16 tahun.

Malah, Zaliah menyanggah pendapat mengatakan berkahwin muda menyebabkan hilangnya keseronokan hidup di alam remaja.

“Rumah tangga saya bahagia, malah saya masih boleh melakukan aktiviti rakan sebaya seperti bersiar-siar atau menonton wayang. Bezanya, jika mereka bersama rakan atau teman lelaki, saya ditemani suami,” katanya.

Zaliah yang bertugas sebagai promoter pasar raya di Batu Caves berkata, dia mengambil keputusan nekad berhenti sekolah ketika di tingkatan dua kerana tidak lagi minat belajar. Dua tahun kemudian dia berkahwin dengan pilihan hatinya, Sahlan Sarjono, 34.

“Selepas berkahwin, saya berasa lebih selamat kerana tidak lagi diganggu lelaki lain. Selain itu, jika hendak bermalam atau berdua-duaan, saya tidak perlu bimbang ditangkap khalwat kerana kami ada ikatan sah,” kata Zaliah.

Katanya, ramai rakan sekerja dan orang di sekeliling tidak menyangka dia sudah berkahwin, tetapi dia lebih suka berterus terang bagi mengelak timbul fitnah atau salah sangka.

Zaliah berkata, dia tidak menghadapi masalah menguruskan rumah tangga kerana suami dan keluarga kedua-dua pihak banyak membantu memberikan panduan dan nasihat.

“Sejak kecil, ibu sering mengajar saya melakukan kerja rumah dan memasak. Jadi saya tidak menghadapi masalah besar ketika baru mendirikan rumah tangga,” katanya.

Perkenalan Zaliah dengan Sahlan bermula ketika bertemu di Bagan Serai. Selepas mengenali hati budi masing-masing kira-kira setahun, mereka mengambil keputusan bertunang selama tujuh bulan sebelum mendirikan rumah tangga.

Selepas ini adiknya, Rusnizam, bakal mengikut jejaknya. Rusnizam yang baru berusia 16 tahun dijadualkan berkahwin dengan tunangnya yang juga pelukis batik, Mohd Rumy Alias, 29, pada Jun depan.

Seperti Zaliah, Rusnizam berhenti sekolah ketika di tingkatan dua dan bekerja sebagai pelukis batik di tempat sama dengan tunangnya sejak tiga tahun lalu.

Rusnizam berkata, meskipun menyedari usianya terlalu muda dan tiada pengalaman dalam hal berkaitan rumah tangga, dia mengetepikan kekurangan itu kerana yakin bersedia menempuhi hidup baru sebagai isteri.

“Apabila bergelar isteri kelak, tanggungjawab utama saya ialah menjaga suami dan keharmonian rumah tangga. Saya akui bukan mudah, tetapi dengan tunjuk ajar ibu bapa dan suami, saya yakin tiada masalah,” katanya.

Rusnizam percaya kepada takdir Allah yang menentukan dia memikul tanggungjawab sebagai isteri pada usia muda.

Bertunang

Ketika ditemui bersama Mohd Rumy di tempat kerja mereka di Gombak, Rusnizam berkata mereka bertunang pada Jun tahun lalu dan akan berkahwin pada 26 Jun depan.

“Keputusan menamatkan zaman bujang pada usia muda banyak dipengaruhi ibu bapa. Saya tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan sendiri kerana ibu bapa lebih arif.

“Sebagai anak, saya perlu sentiasa berterus terang supaya tindakan kita tidak diragui.

“Kebetulan bakal suami mengenali ibu dan ayah. Mungkin disebabkan faktor itu mereka merestui hubungan kami dan memberi kebenaran untuk berkahwin,” katanya yang mengenali bakal suami sejak 2002.

Rusnizam berkata, keputusannya dianggap jalan terbaik untuk mengelak terpengaruh dengan perkara negatif.

“Saya tidak mengatakan berkahwin pada usia muda satu keperluan pada zaman ini kerana setiap individu ada pandangan tersendiri.

“Namun apabila sudah menjalin hubungan cinta, tidak elok berlengah mendirikan rumah tangga kerana banyak faktor boleh menyebabkan kita terpengaruh untuk melakukan perkara tidak elok,” katanya.

Sementara itu, Mohd Rumy mengaku keputusannya memperisterikan Rusnizam dipertikaikan masyarakat sekeliling kerana mereka melihatnya sebagai tindakan yang boleh membawa kepada penyesalan.

“Ada bertanya mengapa pilih isteri terlalu muda, tetapi bagi saya umur bukan persoalan utama, tetapi sentiasa fikirkan pengorbanan dan tujuan perkahwinan itu.

“Memang kahwin muda banyak risiko, tetapi yang penting persediaan kita, persefahaman dan kerjasama semua pihak, baik suami, isteri mahupun keluarga,” katanya.

Mohd Rumy berkata, dia akan sedaya upaya membimbing Rusnizam melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri.

Katanya, pengalaman dan nasihat orang tua penting kerana ia sandaran untuk mempersiapkan diri berdepan asam garam dalam rumah tangga.

Sementara itu, ibu Zaliah dan Rusnizam, Hazizah Saleh, 52, ada alasan tersendiri di sebalik keputusannya mengahwinkan anak pada usia muda.

Ibu tujuh anak itu berkata, perkahwinan jalan terbaik menghindarkan kejadian tidak diingini yang boleh mencemarkan nama baik keluarga.

“Bagi makcik, kahwin cepat bagus. Takut berlaku perkara tak elok. Kalau ada orang hendak (kahwin), makcik terima sebagai menantu,” kata Hazizah.

Selain Zaliah dan Rusnizam, tiga lagi anak Hazizah berkahwin pada umur yang dikategorikan muda iaitu awal 20-an.

Anak lelaki sulungnya, Hazira, 27, berkahwin pada usia 22, Zaleha, 24 (ketika 20), Siti Hajar, 23 (ketika 21). Dua lagi anaknya ialah Shafiq Wazan, 20 (belum berumah tangga) dan Mohd Azwani Anuar, 13.

Hazizah berkata, Hazira, Zaleha dan Siti Hajar bertemu jodoh dengan jiran sekampung ketika mereka sekeluarga menetap di Felda Ijok, Taiping.

Katanya, dia mengetahui tiga anaknya bercinta ketika masih di alam persekolahan, namun dia tidak menghalang asalkan mereka tahu menjaga diri dan maruah keluarga.

“Saya tiada halangan jika anak hendak berkahwin awal. Buat apa hendak menghalang jika mereka sudah bertemu jodoh,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sahabat, Gombak, dekat sini.

Hazizah sendiri berkahwin dengan Zakaria Darus, 54, pada usia 19 tahun. Ketika itu, ibu Hazizah sering sakit dan tiada siapa diharapkan untuk menjaga makan minum ibunya, manakala bapanya sudah tua.

“Saya bersetuju dengan pilihan ibu kerana bagi saya ibu tahu apa yang terbaik untuk saya. Malah, ibu berkahwin pada usia 13 tahun, tetapi waktu itu kebanyakan gadis berkahwin pada usia sebegitu,” katanya.

mayb because their parent think of other way isn't it? okie.. im not saying that im against it or anything.. but think logic... at least she's didnt do anything stupid since it is her husband... but dats the problem.. people think materialistic?

like my fren aizzah said, "kalau dh kawin masa blaja pun, at least dier ada aim... okie, aku kena blaja btul2.. nk sara hidup.."
because her own fren married and BOTH DOCTOR.

but then it comes up to the couple den... if the guy wants, then the gurl say no no.. becoz... ee.. sgt x best kawin mude x enjoy?
i dunno lah...
what do you guys think?

hmhm.

do leave some comment..=P
actually a lot of stuff im trying to say...
another interesting facts.... about guys. kekekekeke...
bout guys personality by chosing their partner.

Sally Beck seorang pensyarah Universiti Battler di Amerika telah membuat kajian pada tahun 1979. Mengikut kajiannya, seorang lelaki sebelum memilih pasangan akan memerhatikan semua aspek mengikut penilaian mereka sendiri. Sally Beck telah merumuskan peribadi lelaki berdasarkan pasangan pilihan mereka sendiri iaitu:-

1) Wanita Gemuk

-lelaki yang memilih wanita gemuk sebagai pasangan hidup pada kebiasaannya tidak mempunyai perasaan yang tetap. Mereka kurang memberi perhatian kepada penghasilan akademik dan perkara2 yang berkaitan kecantikan.


2) Wanita Bertubuh Sederhana

- Lelaki yang memilih wanita yang bertubuh sederhana adalah lelaki yang suke menikmati atau menghargai perasaan seseorang. Mereka juga mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap kemasyarakatan. Mereka juga tidak mementingkan kepentingan diri sendiri malah akan cube sedaya upaya utk memuaskan perasaan pasangannya.


3) Wanita Kurus

- Lelaki yang memilih wanita bertubuh kurus merupakan lelaki yang tidak tetap pendirian pada peribadi dan kerjayanya.


4) Wanita Berbuah Dada Besar

- Lelaki yang memilih pasangan yang mempunyai saiz buah dada yang besar adalah lelaki yang mempunyai jiwa yang keras dan terlalu menginginkan kebebasan didalam kehidupan.


5) Wanita Berbuah Dada Kecil

- Lelaki yang memilih wanita berbuah dada kecil ialah lelaki yang cenderung kepada perkara yang bertentangan. Mereka juga gemar mengambil mudah keperluan diri mereka. Selain dari itu, mereka tidak mempunyai pandangan yang bernas.


6) Wanita Berpunggung Besar

- Lelaki yang memilih wanita berpungggung besar adalah lelaki yang mempunyai gambaran yang lemah terhadap diri sendiri. Ini bermaksud mereka tidak mempunyai pendirian yang kukuh. Mereka juga gemar menolong orang didalam kesusahan tetapi tidak mampu menolong diri sendiri.


7) Wanita Berbetis Besar

- Lelaki yang memilih wanita berbetis besar adalah lelaki yang suke menikmati kepada suasana yang tenang. Mereka juga mampu menjaga perasaan pasangan dengan baik. Selain itu, bijak menggunakan fikiran dan perasaan.


8) Wanita Berbetis Kecil

- Lelaki yang memilih wanita berbetis kecil adalah lelaki yang terlalu mementingkan kecantikan. Mereka tidak mampu menangani kesusahan dan sering berusaha menarik perhatian orang lain.


funny isnt it?? XDDDD
its just a research by the way. =P
later i will post more...

credits to the owner.. this is not owned by me.

luv ya~~

No comments: